JENIS-JENIS Perkhidmatan Kaunseling di Sekolah
Jenis-Jenis
Perkhidmatan Kaunseling di Sekolah
Terdapat beberapa perkhidmatan kaunseling
yang disediakan di sekolah untuk murid-murid yang mempunyai masalah. Antara
perkhidmatan yang di sediakan adalah :
Perkhidmatan
Inventori Individu dan Rekod Pelajar
-
Mengendalikan fail bimbingan
-
Bertanggungjawab mengumpul dan merekod butiran yang
berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar
-
Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan
dan prestasi pembelajaran pelajar untuk tujuan pemulihan
-
Memberi dan menjalankan pentafsiran atau kaji selidik
yang berkaitan dan berguna
-
Menjaga, menyelaras dan mengemaskini rekod pelajar
-
Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar
Perkhidmatan
memberi maklumat
·
Menambahkan dan mengemaskini fail-fail maklumat
kerjaya, peluang latihan, plejaran, sosial dan peribadi
·
Memberi maklumat tentang pentingnya mengisi borang
permohonan dengan tepat
·
Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya,
vokasional, buku kecil, poster dan
sebagainya
·
Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke
kilanh perusahaan atau tempat yang lain
·
Menyebarkan maklumat tentang pendidikan bahayanya
rokok, AIDS, inhalen dan sebagainya
Perkhidmatan
Bimbingan Secara Kelompok
-
Menubuh dan melatih Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya dan
menyelia aktiviti mereka
-
Membincangkan sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu
kelompok yang tertentu
-
Membantu pelajat untuk memilih mata pelajaran yang
elektif untuk peperiksaan termasuklah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil
Pelajaran Malaysia Vokasional ( SPMV ) dan juga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
( STPM )
-
Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan
kaunseling kelompok tunjuk ajar (instructional)
Perkhidmatan Kaunseling
·
Kaunseling
individu dan kelompok
·
Kaunseling keluarga
·
Kaunseling tunjuk ajar
Perkhidmatan Penempatan
-
Membantu pelajat untuk memilih aktiviti kokurilum
berdasarkan kebolehan, minat dan kemampuan
-
Penempatan pekerjaan:
1) Menjadi penyelaras menempatkan pelajar
mengikuti program pengalaman bekerja
2) Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan
Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh data atau butiran
3) Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah
untuk melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pekerjaan
Perkhidmatan Pendidikan Pencegahan Dadah
-
Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar yang
memerlukan dari segi bantuan pemulihan atau rawatan.
-
Membuat penilaian atau memberi maklum balas kepada
kementerian atau jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah
-
Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau
kaunseling tunjuk ajar dalam menanam sifat benci kepada dadah
Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan
-
Membantu bekas pelajar sekolah dalam hal berkait dengan
soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya
-
Berunding dan berbincang dengan staf sekolah untuk tentang
cara-cara meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah
-
Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk
kes-kes seperti penagihan dadah
-
merancang bersama guru-guru untuk tentang cara yang
paling berkesan tentang kemajuan pelajar
-
Membantu pihak pentadbir untuk memahami tentang program bimbingan
di sekolah
Perkhidmatan Konferen Ibubapa
-
Mengawal dan menjaga hubungan dengan penjaga pelajar
-
Menghubungi ibubapa pelajar apabila kemajuan pelajar
tidak memuaskan
-
Bekerjasam dengan ibubapa pelajar dalam menangani atau menjaga
disiplin pelajar sekolah
-
Menjadi penyeleras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar
baru
Perkhidmatan Penyelesaian Resos
·
Penyelaras bagi aktiviti-aktivit berhubung dengan
kebajikan pelajar di antara sekolah dengan kerjasama agensi lain
·
Menjadi rujukan salam aktiviti ko-kurikulum
·
Menjadi penyelarasa dalam usaha untuk memperkenalkan lagi
aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi lain
Perkhidmatan Penilaian
-
Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah bagi
tujuan untuk memperbaikinya kepada yang lebih baik
-
Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan
di sekolah
Comments
Post a Comment