KEMAHIRAN Kaunseling



Kemahiran-Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

Seorang yang bergelar kaunselor perlu mempunyai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan kaunseling. Sekiranya kemahiran-kemahiran ini tidak dikuasai oleh kaunselor maka kaunseling yang di jalankan bersama klien tidak akan berhasil. Antara kemahiran asas bimbingan dan kaunseling adalah :

·        Tingkah laku memberi perhatian

Kaunselor dapat memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap klien serta perhatian yang teliti akan dapat memahami masalah murid dengan baik. Selain itu, situasi ini akan menimbulkan rasa hormat dan rasa selamat bagi seseorang klien selain berfungsi sebagai satu alat peneguhan serta memudahkan komunikasi.

Komponen-komponen tingkah laku memberi perhatian.

-          Kedudukan anggota badan ( posture ) kaunselor

Kedudukan tubuh badan kaunselor mestilah condong ke hadapan, iaitu  kea rah klien. Penting bagi menunjukkan klien yang kaunselor itu berminat untuk mendengar segala masalah yang di hadapi oleh klien

-          Ekspresi muka

Mestilah berseri dan dalam keadaan ceria, menunjukkan bahawa kaunselor sedia mendengar dan sedia menerima klien

-          Tentangan mata

Kaunselor hendaklah bertentang mata apabila sesi kaunseling sedang berjalan. Keadaan ini memberitahu dan menunjukkan kepasa klien bahawa pembimbing ( kaunselor ) meminati apa jua yang di perkatakan oleh klien dan bersama klien secara fizikal dan mental.

-          Soalan terbuka

Satu cara menggalakkan klien bercakap dengan panjang lebar adalah dengan menggunakan kemahiran ini.

-          Dorongan minimum untuk nercakap

Dorongan minimum ini termasuklah gerak isyarat, anggukan kepala, perkataab tunggal, perawakan badan atau ulangan perkataan yang pening sebagai menunjukkan kaunselor itu berminat akan kata-kata klien


Seorang kaunselor dapat menggunakan senarai semak berikut untuk menyemak tingkah laku memberi perhatiannya. Sekiranya terdapat kelemahan semasa kaunseling, kaunseling perlu berusaha untuk mengatasinya agar kaunseling dapat dipertingkatkan.

·        Kemahiran membina hubungan

-          Hendaab menguasai kesemua kemahiran yang berkesan dan berguna dalam membina hubungan yang baik dengan kliennya, demi menentukan kejayaan kaunseling yang diaturkan. Akan tetapi, dalam proses membina hubungan ini tidak boleh wujud dengan cara paksaan.

-            Menjalin hubungan dengan menggunakan teknik yang sesuai di mana seseorang kaunselor itu dapat memberi keyakinan untuk menyakinkan kliennya.

-            Boleh melihat dari segi kemesraan perhubungan dalam pertemuan, tanda kepercayaan lahir akibat penerimaan klien sepenuhnya tanpa syarat dan seterusnya klien akan memberitahu masalahnya tanpa keraguan.

·        Kemahiran memberi perhatian

-           Kaunselor perlu berusaha memahami tanda yang ditonjolkan. Misalnya, Seseorang itu duduk berseorangan dan mendiamkan diri walaupun rakan-rakannya bercakap atau menanyanya soalan. Ini menunjukkan bahawa dia sedang marah dan menjauhkan diri daripada rakan-rakannya. Manakala seseorang itu senyum menunjukkan gembira, suka hati dan baik hati dan sebagainya.

-          Nada suara lebih boleh ‘membongkar’ maklumat daripada air muka, kerana nada suara yang tinggi dan rendah boleh menunjukkan emosi seseorang. Misalnya, seseorang itu berucap dengan nada suara yang kuat dan tinggi semasa marah, manakala orang yang berperasaan sedih biasanya berucap dengan nada suara yang rendah dan perlahan.

-           Memberi perhatian memainkan peranan yang penting dalam bidang kaunseling. Ia juga merupakan kemahiran bukan lisan.

-           Komunikasi bukan lisan banyak menggambarkan situasi lebih tepat daripada komunikasi lisan. Seseorang boleh mengawal komunikasi lisannya sebelum berucap tetapi komunikasi bukan lisan tidak senang dikawal. Ini disebabkan gerak isyarat, air muka atau kontak mata tidak dapat menipu orang lain.

-           Contohnya seorang itu mungkin berkata : ‘ Saya tidak berasa bimbang akan pertandingan pidato. walaupun saya belum buat latihan.’ Tetapi semasa berucap kontak matanya sering mengelakkan orang lain. Komunikasi bukan lisan orang itu telah menunjukkan bahawa sebenarnya dia merasa bimbang terhadap pertandingan yang akan datang itu.

·         Kemahiran Mendengar

-           Kemahiran mendengar digunakan lebih banyak daripada berucap dan respons terutamanya dalam peringkat awal sesi kaunseling. Oleh itu, kejayaan dalam sesuatu proses kaunseling bergantung kepada kemahiran mendengar seseorang kaunselor.

-           Seseorang kaunselor yang mempunyai kemahiran mendengar yang berkesan, dia perlu sentiasa bersedia untuk mendengar, tidak memberi perhatian kepada fikiran masalah orang lain, sebaliknya, mendengar dengan teliti dan mencari makna dalam apa seseorang klien itu berkata.

-           Dalam proses kaunseling, sebagai seorang kaunselor harus mendengar setiap perkataan klien untuk mengelakkan timbulnya pandangan prasangka.

-           Kaunselor harus mendengar kesemua perkataan, metafora, volume, nada, suara, gerak isyarat dan kontak mata. Kesemua perhatian ini akan memberi maklumat yang penting dan berguna tentang pandangan atau pemikiran seseorang yang sedang menghadapi masalah. Oleh itu, kaunselor hendak menguasai kemahiran memberi perhatian dan mendengar secara ‘free floating’ daripada memikir apa tindak balas dan respons yang harus diberikan.

Dalam proses mendengar dan memberikan respon kepada klien, para kaunselor juga perlu menunjukkan mereka berminat dan menggunakan bahasa badan yang sesuai. Kajian telah membuktikan ketiga-tiga faktor iaitu memberi perhatian termasuk kontak mata, gaya relaks dan respons boleh menggalakkan kecurahan perasaan dan mempunyai peneguhan yang kuat.

·         Kemahiran Mengendalikan Kesenyapan dan Membuat Interpretasi

-           Kajian juga menunjukkan kesenyapan akan membuat seseorang berucap, memberikan ruang untuk klien berfikir,  mengemas idea dan membuat refleksi. Misalnya, seseorang pelajar datang berjumpa kaunselor buat pertama kali, tetapi tidak berucap dan kesenyapan diteruskan buat sementara.

-           Di dalam situasi ini, kaunselor yang berpengalaman selepas menunggu kira-kira satu minit, akan memecahkan suasana kesenyapan itu dengan berkata: ‘mungkin anda masih cari idea bagaimana anda patut bermula. Bagaimanapun, saya akan dengar dengan hati terbuka bila-bila anda telah bersiap bermula.’ Dengan kata-kata demikian, perasaan empati mula dikesan oleh klien itu, dan kemungkinannya akan membawa dorongan untuk meluahkan masalah yang mengganggu fikirannya.

-           Adalah penting bagi kaunselor membenarkan sedikit masa kesenyapan di antara komunikasi dua hala, tetapi tidak dibenarkannya tinggal agak lama, iaitu seelok-eloknya tidak lebih daripada satu minit.

-           Kaunselor harus menggunakan kemahiran empati dengan menunjukkan kefahaman perasaan klien yang menghadapi masalah, demi mendorongkannya mudah mendedahkan perasaan secara lebih mendalam.

-           Kadang-kala kesenyapan bermakna klien sedang membuat refleksi terhadap perkara yang telah dibincangkan tadi. Ia juga boleh bermakna gambaran takut, marah, letih, hormat, dukacita atau malu.

-           Kaunselor perlu memerhati komunikasi bukan lisan yang mengiringinya.

-           Adalah wajar bagi kaunselor menyatakan secara langsung bahawa kliennya seolah-olah membimbang, merasa marah atau dukacita. Cara ini mungkin dapat mendorongkannya berucap lebih.

-           Adalah perlu bagi kaunselor menjamin kerahsiaan komunikasi mereka, agar membolehkan klien merasa selamat untuk meneruskan perbulannya.

-           Mengakui klien yang segan berucap mungkin membantu untuk memecahkan kesenyapan yang agak lama. Misalnya, ‘Anda merasa sukar untuk meneruskan  berucap kerana anda kurang yakin atau tidak percaya saya?’ atau ‘Anda segan berucap kerana anda marah kerana dipanggil berjumpa saya? Adakah ini fikiran anda’

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN Kaunseling

JENIS-JENIS Perkhidmatan Kaunseling di Sekolah