KEPENTINGAN Kaunseling



Dewasa ini, manusia dilanda pelbagai masalah psikologi yang merangkumi aspek jasmani, rohani (spiritual), emosi dan fikiran. Hal ini telah menyebabkan kesejahteraan hidup manusia pada hari ini terganggu. Oleh itu, terciptalah ruang pendorong kepada manusia untuk bertindak melampui had pemikiran yang rasional. Dalam sesetengah kes, tindakan ini bukan sahaja menyebabkan kecederaan kepada diri sendiri, malahan terhadap orang lain.

            Melalui proses kaunseling, terdapat beberapa implikasi yang dapat diperoleh. Perkhidmatan Kaunseling di Jabatan Perhubungan Awam menyatakan empat implikasi kaunseling iaitu :

Menggalakkan celik akal
  • Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri sendiri dan menyelami persekitarannya.
  • Kaunselor juga memainkan peranan penting dalam membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan keboleh dan bakat yang ada sepenuhnya.
  • Membantu mereka melihat dengan lebih realistik dalam menentukan aras aspirasi yang sesuai dengan kebolehan serta kelebihan mereka.


Memberi sokongan
  • Klien memerlukan sokongan dari segi emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.


Penyelesaian konflik
  • Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu atau dua pihak. Kaunselor bertanggungjawab untuk membantu dan menasihati klien agar mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan ketegangan yang ada.


Membantu membuat keputusan
  • Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah membuat keputusan.
  • Kaunselor dapat mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil.


Comments

Popular posts from this blog

KEMAHIRAN Kaunseling

JENIS-JENIS Perkhidmatan Kaunseling di Sekolah