KONSEP Bimbingan & Kaunseling
Tingkahlaku bermasalah boleh didefinisikan sebagai
tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial
masyarakat, tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah.
Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap
sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami oleh
banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di kawasan pedalaman mahupun
bandar. Maka, bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting
terutamanya dalam bidang pendidikan agar masalah di kalangan murid-murid dapat
diatasi.
Menurut Shretzer dan Stone pada
tahun 1974 bimbingan merupakan suatu proses yang membantu individu tersebut
memahami dan menyedari segala kelebihan dan kelemahan yang pada mereka. Cara
ini dapat membantu mereka melihat dengan lebih realistik dalam menentukan aras
aspirasi yang sesuai dengan kebolehan serta kelebihan mereka.
Menurut pandangan Alice Crow pada
tahun 1964 bimbingan dijelaskan sebagai memberi bantuan kepada seseorang
individu bagi menentukan matlamat jangka pendek dan panjang serta merancang
cara-cara bertindak dan memperbaiki setiap tingkah laku dalam aspek-aspek yang
perlu.
Selain itu, McDaniel dan Shaftel
pada tahun 1956 menyatakan bimbingan merupakan suatu pola khidmat yang
merangkumi orientasi, maklumat pendidikan dan kerjaya inventori individu,
kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.
Menurut pandangan George, R.L dan
Cristiani T.S. pada tahun 1995 menjelaskan bimbingan sebagai memberikan
maklumat yang berkaitan dengan minat dan keperluan peribadi pelajar seperti
maklumat pendidikan. Tujuan bimbingan lebih menekankan pencegahan daripada
rawatan masalah psikologi.
Takrifan kaunseling seing
ditafsirkan sebagai satu bentuk naihat. Namun ia bukan hanya nasihat
semata-mata disebabkan wujudnya unsur nasihat ini. Pada asalnya kaunseling
berasal dari perkataan inggeris iaitu ‘counselling’ yang bermaksud
menolong.
Namun begitu, terdapat pelbagai
takrifan lain berkenaan dengan maksud kaunseling ini antaranya ialah Shertzer
dan Stone pada tahun 1974 telah mentakrifkan kaunseling sebagai suatu proses
interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan persekitarannya. Hal
ini akan membantunya membentuk matlamat dan nilai yang akan menjadi asas kepada
tingkah lakunya pada masa hadapan.
Kaunseling juga ialah satu keadaan
dimana proses untuk membantu individu yang mengalami tingkah laku bermasalah,
Delaney dan Eisenberg pada tahun 1977 berpendapat kaunseling ialah satu proses
di mana kaunselor membantu klien supaya bertingkah laku dengan cara yang lebih
berkesan.
Secara keseluruhannya, bimbingan
dan kaunseling merupakan satu proses buat seorang kaunselor dalam membantu
seseorang individu untuk mencapai satu tahap kehidupan yang lebih baik dengan
memanfaatkan kelebihan serta kebolehan yang ada pada diri mereka. Kaunselor
juga memiankan peranan penting dalam membantu individu memahami dirinya dan
dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan keboleh dan bakat yang ada
sepenuhnya.
Comments
Post a Comment