ETIKA Kaunseling



Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru dan juga kaunselor  semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan adakalanya ianya seperti barah yang  boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata pepatah ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memiku’. Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah.

            Walaubagaimanapun, dalam menguruskan masalah tingkahlaku di sekolah, guru atau kaunselor perlu mengutamakan etika-etika yang perlu dipatuhi sewatu proses kaunseling berlaku. Menurut Adawiyah Ismail pada tahun 2008 telah merumuskan etika kaunselor Islam berdasarkan syarak.

            Proses kaunseling merupakan satu amanah. Amanah merupakan satu perkara yang perlu dipikul oleh seorang kaunselor kerana klien akan mula bercerita akan masalah dan kesulitan yang di hadapinya dan kaunselor berperanan untuk mendengar semua masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh klien. Oleh itu, antara etika seorang kaunselor adalah kaunselor mestilah merahsiakan keaiban klien. Sebarang kenyataan berkaitannya hanya boleh dilakukan setelah mendapat persetujuan rasmi daripadanya.

            Selain itu, antara etika yang yang perlu diutamakan oleh kaunselor adalah kaunselor perlu memastikan bahawa tempat perbincangan tidak menimbulkan syak wasangka atau mendatangkan fitnah. Ini tidak bermakna bahawa tempat perbicangan tersebut perlu terdedah kepada orang ramai kerana kaunselor perlu mengutamakan keaiban kliennya. Hal yang dimaksudkan adalah selagi mana tempat perbicangan tersebut dihadiri oleh beberapa orang atau pihak yang dipercayai maka tempat perbincangan tersebut boleh dijalankan sesi kaunseling.

            Kaunselor juga perlu menyatakan dengan terus-terang kepada klien sekiranya kaunselor tidak mampu untuk membantu klien. Kaunselor menyarankan seseorang yang lebih pakar dalam isu yang dihadapi oleh klien. Hal ini demikian kerana, harus difahami bahawa setiap kaunselor adalah manusia biasa yang mempunya kelebihan dan kelemahan.

            Dalam konteks ini, ada kalanya kaunselor tidak mampu membantu klien disebabkan kurang kepakaran dan ilmu dalam perkara tersebut. Oleh itu, kaunselor perlu mengetepikan egonya sebagai kaunselor serba tahu dengan merujuk kepada kaunselor lain yang lebih berupaya membantu klien.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN Kaunseling

JENIS-JENIS Perkhidmatan Kaunseling di Sekolah

KEMAHIRAN Kaunseling