MATLAMAT Kaunseling


MATLAMAT
HURAIAN
Kaunseling Akademik
1.  Menyediakan kaunseling bagi menolong murid memilih mata pelajaran yang sejajar dengan minat, keupayaan serta pencapaian.
2. Menyampaikan maklumat mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi.

Kaunseling Kerjaya
1.      Membantu murid-murid menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya.
2. Mendedahkan kepada murid-murid kepada jenis-jenis kerjaya di sektor awam dan swasta.
3.  Memberikan kesedaran dan ingatan kepada murid-murid bahawa perancangan kerjaya perlu dibuat sejak awal lagi.

Kaunseling Peribadi
1. Pertumbuhan kendiri iaitu membantu murid-murid memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan
2.   Menolong individu membuat keputusan yang waras serta bijaksana
3.  Menolong murid-murid berkomunikasi secara berkesan serta membina perhubungan yang baik.

Kaunseling Penyalahgunaan Dadah.
1. Mencegah murid-murid daripada terlibat dengan  penyalahgunaan dadah.
2.     Memberikan perkhidmatan sokongan dengan cara menaruh kepercayaan kepada murid-murid bahawa mereka boleh memberhentikan amalan penyalahgunaan dadah.
3. Membantu murid-murid mendapatkan kemudahan pemulihan jika perlu.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN Kaunseling

JENIS-JENIS Perkhidmatan Kaunseling di Sekolah

KEMAHIRAN Kaunseling