PRINSIP Kaunseling


TOKOH
PRINSIP
Patterson (1967)
1.      Proses yang bertujuan mempengaruhi perubahan tingkah laku klien secara sukarela.
2.      Klien mempunyai masalah psikologi.
3.      Kaunseling dijalankan secara sulit dan semua bahan perbincangan hendaklah dirahsiakan.
4.      Kaunselor merupakan orang yang mahir serta berupaya menolong kliennya mengatasi masalah psikologi.
5.      Kaunselor berusaha memahami kliennya.
Biasco. F (1966)
1.      Kaunseling adalah untuk semua individu dan tidak terhad kepada mereka yang mempunyai masalah sahaja.
2.      Perkembangan untuk membantu klien memperoleh pengetahuan dan kefahaman diri.
3.      Berkesan apabila dirancang secara sistematik dan teratur.
4.      Menekankan aspek yang positif kepada setiap individu.
5.      Menitikberatkan perkembangan individu dari segi masa; masa silam, masa kini dan masa hadapan dan dari segi bidang akademik, sosial dan peribadi.
McDaniel dan Shaftel (1956)
1.      Setiap klien hendaklah diterima sebagai individu dan dilayan dengan baik.
2.      Kaunselor seharusnya memberikan penghormatan tulen terhadap hak-hak individul
3.      Perhubungan kaunselor dan klien boleh ditamatkan bila-bila masa.
4.      Kaunseling menekankan pemikiran bersama-sama klien. Kaunselor tidak memikirkan atau membuat keputusan untuk klien.
5.      Prinsip-prinsip kaunseling adalah sejajar dengan ideal-ideal demokrasi. Kaunselor menerima hak seseorang itu berbeza dari segi minat, keperluan, kebolehan intelek, kestabilan emosi dan sebagainya.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN Kaunseling

KEMAHIRAN Kaunseling

JENIS-JENIS Perkhidmatan Kaunseling di Sekolah