PROSES Kaunseling Individu


Proses
Huraian dan Tujuan
Penyediaan dan Kemasukan
  • Mengurangkan penentangan klien.
  • Meningkatkan aras keperayaan klien terhadap kaunselor supaya mudah untuk berkongsi dan meluahkan perasaan.
  • Kaunselor perlu menunjukkan muka yang berseri dan kedudukan tubuh kaunselor hendaklah sesuai.


Penjelasan
  • Kaunselor cuba mendapatkan gambaran yang jelas tentang masalah yang dihadapi klien.
  • Cara ini dilakukan bagi menentukan siapa sebenarnya yang memerlukan kaunseling.


Struktur
  • Kaunselor dan klien akan menetapkan sama ada perhubungan mereka boleh diteruskan atau tidak.
  • Kaunselor akan bertanya kepada diri sendiri samada beliau berkemahiran dalam membantu dan menolong klien tersebut.
  • Klien akan bertanya kepada diri sendiri sama ada kaunselor merupakan orang yang boleh dipercayainya atau tidak.
  • Menentukan sifat, batasan dan matlamat perhubungan menolong.
  • Kontrak dibuat sebagai satu persetujuan antara kaunselor dan klien bahawa mereka berusaha mencapai matlamat yang ditentukan.


Perhubungan
  • Mengeratkan hubungan antara kaunselor dan klien.
  • Kesenyapan mungkin berlaku kerana klien mula berasa tidak selesa membincangkan sesuatu atau aras kepercayaan terhadap kaunselor masih belum kuat.

Penerokaan
  • Menyingkirkan perasaan-perasaan yang ada pada diri kaunselor dan klien yang boleh mengganggu pencapaian matlamat.
  • Menggalakkan klien meneroka masalah dan perasaannya supaya mencapai kesedaran diri yang lebih mendalam.
  • Mengumpulkan fakta-fakta yang boleh membantu penyelesaian masalah.
  • Mengajar klien  kemahiran-kemahiran yang perlu untuk mencapai matlamat.

Pengukuhan
  • Klien menjelaskan perasaannya lebih lanjut dan menentukan alternatif-alternatif lain. Kemahiran-kemahiran baru juga diamalkan.

Perancangan
  • Matlamat tertumpu kepada rancangan tindakan yang khusus.
  • Rancangan-rancangan untuk penamatan dan penerusan akan dirumuskan.


Penamatan
  • Rumusan tentang pencapaian-pencapaian klien akan dibuat jika terdapat matlamat yang tidak tercapai.
  • Klien boleh diminta untuk merumuskan segala-gala yang dilaluinya.
  • Sekiranya klien telah membuat keputusan atau merasa dia telah dapat menyelesaikan masalahnya dengan memuaskan, maka penamatan boleh dilakukan.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN Kaunseling

JENIS-JENIS Perkhidmatan Kaunseling di Sekolah

KEMAHIRAN Kaunseling