RUMUSAN
Sebagai rumusannya,
perkembangan bimbingan dan kaunseling telah melalui fasa pengenalan,
perkembangan (kemunculan, penggabungan, kepelbagaian) dan pemantapan. Oleh itu,
perkhidmatan ini telah mendapat sambutan dan diterima baik oleh kerajaan dan
masyarakat. Pengiktirafan ini merupakan pemangkin dalam perkembangan
perkhidmatan ini pada masa hadapan. Selanjutnya, dlaam memperkasakan bidang
ini, fasa latihan bagi peningkatan ilmu kaunseling dalam kalangan kaunselor
telah diberikan perhatian serta dipergiatkan dan menjurus kepada pengkhususan.
Pada masa yang sama, aktiviti kaunseling menjadi lebih
berkesan kerana setiap kaunselor memiliki berbagai-bagai kemahiran kaunseling
individu dan berupaya membantu pelajar-pelajar dari segi sosioemosi mahupun
akademik. Layanan individu akan mendorong pelajar yang bersifat pendiam
dannpemalu meluahkan pelbagai jenis masalah kepada kaunselornya. Lantaran itu,
suatu suasan yang lebih kondusif serta menjamin keberkesanan sesi kaunseling
akan dapat diwujudkan.
Selain itu, semua kaunselor berinteraksi dengan klien
berasaskan satu set kepercayaan mengenai manusia dan bagaimana mereka itu
berubah. Dengan itu, adalah penting bagi kaunselor untuk menjelaskan
kepercayaan itu sebelum menggunakannya untuk membina suatu asas teori yang
digunakan dalam kaunseling.
Dengan
teori-teori yang telah dikemukakan, seseorang kaunselor dapat membuat
perbandingan mengenai tabii manusia, konsep-konsep utama kaunseling, proses dan
matlamat kaunseling serta teknik-tenik kaunseling. Justeru, kaunselor boleh
memilih mana-mana teori atau menggunakan pendekatan eklektik untuk membantu
kliennya.
Comments
Post a Comment