TEORI Kaunseling



Teori Kaunseling ( Teori Psikoanalitik )

Teori ini merupakan teori yang mendahuluo dari beberapa teori tentang psikoterapi. Teori dikaitkan dengan nama Freud. Beliau diberi pengiktirafan dalam suatu perkembangan prosedur untuk merawat individu yang terganggung jiwanya, berdasarkan dari pemerhatian dan pemahaman proses mental dan emosi.

Pandangan beliau berkenaan dengan manusia adalah manusia hanya mementingkan dirinya sendiri. Andaian yang telah di buat oleh beliau adalah :

  •        I.            Tingkah laku yang di lakukan oleh manusia sendiri di kawal oleh kuasa-kuasa tak sedar
  •     II.            Pembawaan kejantinaan ialah penentu-penentu yang utama dalam tingkah laku.
  •  III.            Tingkah laku yang di lakukan oleh orang dewasa banyak di lakukan dan dipengaruhi oleh .perkembangan peringkat awal kanak-kanak.
  •  IV.            Masalah-masalah akan timbul kerana adanya konflik dalam diri individu yang disebabkan oleh sejarah lampau


Pendekatan

Tujuan rawatan ini adalah untuk menjadikan klien sedar akan bahan tak sedar dan manstrukturkan semula sahsiah supaya dapat mengimbangkan tenaga. Rawatan ini ialah terapi terarah dengan menggunakan format temu duga meliputi teknik.

Rawatan psikoanalitik menuntut hubungan terarah dan autoritatif antara kaunselir dan klien. Kaunselor ialah seorang yang pakar dan juga autoritatif. Pemindahan yang bahagian istimewa perhubungan ini berlaku apabila klien mengingat akan kembali sikap-sikap pada asalnya terdapat dalam perhubungan antara ibu bapa dan kanak-kanak dan mengarah sikap-sikap ini terhadap kaunselor. Sebagai contoh yang bole dibuat adalah  seorang klien mungkin menganggap kaunselor sebagai ayahnya dengan sikap dan perasaan yang sama. Kemudiaannya klien cube menyelesaikan masalah denga orang yang di anggapnya sebagai ayahnya sendiri dengan menggunakan pemindahan tersebut.

Implikasi untuk kaunselor

Rawatan ini memerlukan beberapa tahun untuk melatih diri sebagai seorang kaunselor. Rawatan seperti ini adalah tidak relevan bagi seorang kaunselor dan lebih sesuai untuk doktor-doktor. Namun, kaunselor perlu menyedari bahawa adanya kuasa-kuasa motivasi dalam diri individu yang tidak disedari, bagaimana untuk  melindungi diri dengan menggunakan helah bela diri, pentingnya pengalaman-pengalaman peringkat awal kanak-kanak serta proses pemindahannya. 

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN Kaunseling

KEMAHIRAN Kaunseling

JENIS-JENIS Perkhidmatan Kaunseling di Sekolah