KEMAHIRAN Kaunseling
Kemahiran-Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling Seorang yang bergelar kaunselor perlu mempunyai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan kaunseling. Sekiranya kemahiran-kemahiran ini tidak dikuasai oleh kaunselor maka kaunseling yang di jalankan bersama klien tidak akan berhasil. Antara kemahiran asas bimbingan dan kaunseling adalah : · Tingkah laku memberi perhatian Kaunselor dapat memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap klien serta perhatian yang teliti akan dapat memahami masalah murid dengan baik. Selain itu, situasi ini akan menimbulkan rasa hormat dan rasa selamat bagi seseorang klien selain berfungsi sebagai satu alat peneguhan serta memudahkan komunikasi. Komponen-komponen tingkah laku memberi perhatian. - Kedudukan anggota badan ( posture ) kaunselor Kedudukan tubuh badan kaunselor mestilah condong ke hadapan, iaitu kea rah klien. Penting bagi m...